Monday, February 28, 2011

Tafsiran Surah Quraisy..


﴾ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ ﴿


﴿لِإيلافِ قُرَيْشٍ.إيلافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتاءِ وَ الصَّيْفِ.فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هذَا الْبَيْتِ.
ٱلَّذي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَ آمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ﴾

Terasa ingin berkongsi secebis ilmu di dada. Surah Quraisy, jika dibaca maknanya, ianya tentang suruhan Allah s.w.t ke atas kaum Quraisy supaya menyembah tuhan yang satu, iaitu Allah s.w.t. yg memberi mereka pelbagai nikmat. namun jika diteliti, terdapat makna yg lebih mendalam. antaranya ialah surah ini berceritakan tentang ciri2 sebuah negara yg kuat. ini adalah hasil tafsiran Dr. Amin Butoush, antara tenaga pengajar di Universiti Mu'tah dan merupakan pakar dalam bidang tafsir. saya hanya berkongsi apa yg disampaikan beliau. insya Allah sama2 kita perhatikan.

1.
 ﴾ لِإيلافِ قُرَيْشٍ ﴿
    (Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) )

Siapa Quraisy ? Quraisy ialah satu bangsa yg memerintah kota Makkah suatu ketika dahulu. bangsa ini juga terpecah kpd beberapa kabilah. semangat perpaduan di antara kabilah ini sangat kuat. setiap individu, suku dan kabilah terpelihara keselamatan mereka selagi menghormati kabilah masing-masing. sebarang pencerobohan akan ditentang dan terdorong dengan semangat assabiyah.
 Sesebuah negara itu sangat memerlukan kepada perpaduan. negara akan menjadi porak-peranda andaikata perpaduan itu dianggap perkara remeh.

2.
 إيلافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتاءِ وَ الصَّيْفِ ﴿
(kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam) )

          Sumber ekonomi utama mereka ialah perniagaan. mereka akan pergi ke Yaman pada musim sejuk dan ke negeri Syam pada musim panas untuk berniaga.
          Tidak disangkal lagi perniagaan memainkan peranan penting dalam ekonomi sesebuah negara. negara yang mampu mengeluarkan produknya sendiri dan dijual di negara lain akan dipandang sebagai negara yg kuat.

3.
  فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هذَا الْبَيْتِ ﴿
(Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini ) 
      
          Bangsa Quraisy ni terkenal dgn penyembahan berhala. Sebelum berlakunya peristiwa 'Pembukaan Kota Makkah', Kaabah dijadikan pusat penyembahan berhala dan mempunyai 360 buah berhala sekitarnya. setelah nabi diutuskan, Baginda menyeru agar kaum Quraisy meninggalkan agama2 mereka dan menganut agama yg benar, iaitu Islam.
          Agama juga memainkan peranan penting di dalam memperkukuhkan sesebuah negara. negara yg kuat ekonominya atau hebat perpaduannya tidak akan selamat tanpa redha dari tuhan. dan sudah semestinya Islam itu harus dijadikan pegangan dan rujukan dalam mentadbir sesebuah negara.

4.
﴾ ٱلَّذي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَ آمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ ﴿
(Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. )

          Allah s.w.t menyeru kepada bangsa Quraisy agar menyembah tuhan yang satu yg telah menyelamatkan mereka dari kelaparan dengan rezeki2 yg melimpah ruah dan mengamankan mereka dari ketakutan. Buktinya, mereka mampu menyediakan makanan bagi org2 yg dtg mengerjakan haji pada waktu itu.
          Negara yg kuat ialah negara yg mampu menghasilkan sumber makanan sendiri (menyelamatkan mereka dari kelaparan) serta mempunyai sistem pertahanan yg hebat (mengamankan mereka dari ketakutan) seperti penghasilan senjata tanpa mengharapkan bantuan dari negara lain. Negara itu mampu berdiri dengan sendiri andaikata berlaku sebarang musibah.

Kesimpulan
Setelah diteliti dengan lebih mendalam, dapatlah kita simpulkan ciri2 sebuah negara yg kuat. antara ciri-cirinya ialah :

  1. mempunyai semangat perpaduan
  2. menjalankan sistem perniagaan yg mantap
  3. mengamalkan agama yg benar
  4. mampu menghasilkan sumber makanan sendiri
  5. mempunyai sistem pertahanan yg bijak

hanya ingin berkongi.. =)


Saturday, February 19, 2011

Kekasihku kekasihmu jua..


لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ 

عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ
حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ


 Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Junjungan Nabi s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) baginda pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang - orang yang beriman. (Surah at-Taubah:128).



Rasanya belum terlambat untuk aku tulis pasal maulid nabi. biarpun maulid sudah berlalu,tapi biarkan semangat cinta pada nabi tu kekal wujud sampai bila-bila. siapalah aku yg hanya ahli maksiat utk menulis tentang manusia teragung ini. tapi biarlah penulisan ni jadi peringatan utk diri sndiri dan semua yg membaca..

bila datang je bulan rabiul awwal, mesti orang selalu kaitkan dengan maulid. rabi' ni kalau nk diterjemah jadi musim bunga. bunga ni kalau orang wat perumpamaan selalu yg indah2 je. mmg sah dan tak diragu2kan lagi datangnya baginda utk mmberi keindahan dan pembimbing ke sirotul mustaqim pada bumi yang waktu tu penuh ngan amalan jahiliyah. lahirnya baginda bukan hanya untuk zaman quraisy, tapi utk semua zaman selepasnya. Alhamdulillah kita termasuk di dalam zaman yg disebut umat Muhammad. dan Alhamdulillah juga semangat maulid tu masih kekal sehingga sekarang. tapi biar lah semangat cintakan baginda terus sampai bila2. jgnlah smgt tu hanya berputik masa maulid tiba sahaja. tapi kita manusia, salah silap da menjadi asam garam kehidupan. yg penting smgt tu wujud dalam diri..

ada yg mengatakan maulid ni haram disambut. nabi pon tak pernah sambut maulid baginda sendiri. itu amalan korang. bagi aku, maulid ni benda yang perlu disambut. tak perlulah nk diberi dalil2 naqli. besday kita boleh sambut tak kan la besday kekasih Allah kita nak haramkan. 'lana a'maluna walakum a'malukum' ( bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu ).

sempena maulid kali ni, aku nak kongsi syair Sayyidina 'Abbas R.A yg memuji Baginda. Insya Allah sama-sama kita hayati dan tanamkan semangat cinta yg mendalam trhadap Baginda..


Sebelum terlahir ke dunia

engkau hidup senang di syurga
Ketika aurat tertutup dedaunan
engkau tersimpan di tempat aman
Kemudian engkau turun ke bumi
Bukan sebagai manusia
segumpal darah mahupun daging
tapi nutfah di perahu Nuh
Ketika banjir menenggelamkan semuanya
anak-cucu Adam beserta keluarganya
engkau pindah dari sulbi ke rahim
dari satu generasi ke generasi
Hingga kemuliaan dan kehormatanmu
berlabuh di nasab terbaik
yang mengalahkan semua bangsawan
Ketika engkau lahir, bumi bersinar
cakerawala bermandikan cahayamu
Kami pun berjalan di tengah cahaya
sinar dan jalan yang penuh petunjuk

"Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa'al 'ali sayyidina Muhammad al fatih lima ughliq...wal khatim lima sabak...naasiril haq qi bil haq...wal haadi ila shirotikal mustaqim..."


hanya ingin berkongsi.. =)

Friday, February 18, 2011

Persoalan..

ingin berkongsi cerita. baru-baru ni ada sorang sahabat bertanya, apa hikmah tuhan jadikan dunia ni macam-macam galaksi ? alam semesta yang sangat luas. tak kan hanya sia-sia ? kan setiap benda tu ada hikmahnya ? agak pening nak jawab soalan ni. sebab tak pernah terpikir kan. satu ari tu terbaca la status sorang kawan di facebook. Alhamdulillah, jumpa jawapan. mungkin ada jawapan yang lebih bernas dari ni, tapi mungkin jawapan ni boleh menjawab persoalan tadi, Insya Allah.. 


"Jika ditanya mengapa Allah menciptakn seluruh galaksi dan alamraya yg tersangat-sangat luas, adakah ianya hanya sia-sia? Jawabnya, lihatlah kepada sesebuah kerajaan beraja yang mempunyai istana yang tersergam indah dan besar yag hanya didiami oleh beberapa manusia. Persekitarannya dikelilingi halaman yang luas dengan hiasan-hiasan yang hebat serta dikawal rapi oleh pengawal-pengawal yang gah! Tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan betapa Allah Maha Besar, ucapkanlah Allahuakbar!"


hanya ingin berkongsi.. =)

Falling Slowly..

lirik yg ikhlas, lagu yg menyenangkan hati. layanzz ~~



I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You'll make it now

Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now


Falling slowly sing your melody
I'll sing it loud...



Tujuan..

bukan untuk mencari publisiti,
tapi untuk mencari pengalaman..
bukan untuk menunjuk-nunjuk,
tapi untuk berkongsi..
bukan untuk berlagak pandai,
tapi untuk memberi pendapat..

freaky symphony, segala cerita, luahan & pendapat tentang kehidupan.. =)

Thursday, February 17, 2011

saya budak baru belajar..

buah zaitun di tepi pokok tamar
panggilkan arab tolong kutipkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

pena dgr tak pantun ni ?? haa tak penakan ?? menarik ?? kalau menarik nantikan post yang selanjutnya. kalau bosan, ade aku kisah ?? ngeh3..anyway, salam pertemuan =)