Saturday, February 19, 2011

Kekasihku kekasihmu jua..


لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ 

عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ
حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ


 Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Junjungan Nabi s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) baginda pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang - orang yang beriman. (Surah at-Taubah:128).



Rasanya belum terlambat untuk aku tulis pasal maulid nabi. biarpun maulid sudah berlalu,tapi biarkan semangat cinta pada nabi tu kekal wujud sampai bila-bila. siapalah aku yg hanya ahli maksiat utk menulis tentang manusia teragung ini. tapi biarlah penulisan ni jadi peringatan utk diri sndiri dan semua yg membaca..

bila datang je bulan rabiul awwal, mesti orang selalu kaitkan dengan maulid. rabi' ni kalau nk diterjemah jadi musim bunga. bunga ni kalau orang wat perumpamaan selalu yg indah2 je. mmg sah dan tak diragu2kan lagi datangnya baginda utk mmberi keindahan dan pembimbing ke sirotul mustaqim pada bumi yang waktu tu penuh ngan amalan jahiliyah. lahirnya baginda bukan hanya untuk zaman quraisy, tapi utk semua zaman selepasnya. Alhamdulillah kita termasuk di dalam zaman yg disebut umat Muhammad. dan Alhamdulillah juga semangat maulid tu masih kekal sehingga sekarang. tapi biar lah semangat cintakan baginda terus sampai bila2. jgnlah smgt tu hanya berputik masa maulid tiba sahaja. tapi kita manusia, salah silap da menjadi asam garam kehidupan. yg penting smgt tu wujud dalam diri..

ada yg mengatakan maulid ni haram disambut. nabi pon tak pernah sambut maulid baginda sendiri. itu amalan korang. bagi aku, maulid ni benda yang perlu disambut. tak perlulah nk diberi dalil2 naqli. besday kita boleh sambut tak kan la besday kekasih Allah kita nak haramkan. 'lana a'maluna walakum a'malukum' ( bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu ).

sempena maulid kali ni, aku nak kongsi syair Sayyidina 'Abbas R.A yg memuji Baginda. Insya Allah sama-sama kita hayati dan tanamkan semangat cinta yg mendalam trhadap Baginda..


Sebelum terlahir ke dunia

engkau hidup senang di syurga
Ketika aurat tertutup dedaunan
engkau tersimpan di tempat aman
Kemudian engkau turun ke bumi
Bukan sebagai manusia
segumpal darah mahupun daging
tapi nutfah di perahu Nuh
Ketika banjir menenggelamkan semuanya
anak-cucu Adam beserta keluarganya
engkau pindah dari sulbi ke rahim
dari satu generasi ke generasi
Hingga kemuliaan dan kehormatanmu
berlabuh di nasab terbaik
yang mengalahkan semua bangsawan
Ketika engkau lahir, bumi bersinar
cakerawala bermandikan cahayamu
Kami pun berjalan di tengah cahaya
sinar dan jalan yang penuh petunjuk

"Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa'al 'ali sayyidina Muhammad al fatih lima ughliq...wal khatim lima sabak...naasiril haq qi bil haq...wal haadi ila shirotikal mustaqim..."


hanya ingin berkongsi.. =)

0 comments:

Post a Comment