Monday, February 28, 2011

Tafsiran Surah Quraisy..


﴾ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ ﴿


﴿لِإيلافِ قُرَيْشٍ.إيلافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتاءِ وَ الصَّيْفِ.فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هذَا الْبَيْتِ.
ٱلَّذي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَ آمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ﴾

Terasa ingin berkongsi secebis ilmu di dada. Surah Quraisy, jika dibaca maknanya, ianya tentang suruhan Allah s.w.t ke atas kaum Quraisy supaya menyembah tuhan yang satu, iaitu Allah s.w.t. yg memberi mereka pelbagai nikmat. namun jika diteliti, terdapat makna yg lebih mendalam. antaranya ialah surah ini berceritakan tentang ciri2 sebuah negara yg kuat. ini adalah hasil tafsiran Dr. Amin Butoush, antara tenaga pengajar di Universiti Mu'tah dan merupakan pakar dalam bidang tafsir. saya hanya berkongsi apa yg disampaikan beliau. insya Allah sama2 kita perhatikan.

1.
 ﴾ لِإيلافِ قُرَيْشٍ ﴿
    (Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) )

Siapa Quraisy ? Quraisy ialah satu bangsa yg memerintah kota Makkah suatu ketika dahulu. bangsa ini juga terpecah kpd beberapa kabilah. semangat perpaduan di antara kabilah ini sangat kuat. setiap individu, suku dan kabilah terpelihara keselamatan mereka selagi menghormati kabilah masing-masing. sebarang pencerobohan akan ditentang dan terdorong dengan semangat assabiyah.
 Sesebuah negara itu sangat memerlukan kepada perpaduan. negara akan menjadi porak-peranda andaikata perpaduan itu dianggap perkara remeh.

2.
 إيلافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتاءِ وَ الصَّيْفِ ﴿
(kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam) )

          Sumber ekonomi utama mereka ialah perniagaan. mereka akan pergi ke Yaman pada musim sejuk dan ke negeri Syam pada musim panas untuk berniaga.
          Tidak disangkal lagi perniagaan memainkan peranan penting dalam ekonomi sesebuah negara. negara yang mampu mengeluarkan produknya sendiri dan dijual di negara lain akan dipandang sebagai negara yg kuat.

3.
  فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هذَا الْبَيْتِ ﴿
(Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini ) 
      
          Bangsa Quraisy ni terkenal dgn penyembahan berhala. Sebelum berlakunya peristiwa 'Pembukaan Kota Makkah', Kaabah dijadikan pusat penyembahan berhala dan mempunyai 360 buah berhala sekitarnya. setelah nabi diutuskan, Baginda menyeru agar kaum Quraisy meninggalkan agama2 mereka dan menganut agama yg benar, iaitu Islam.
          Agama juga memainkan peranan penting di dalam memperkukuhkan sesebuah negara. negara yg kuat ekonominya atau hebat perpaduannya tidak akan selamat tanpa redha dari tuhan. dan sudah semestinya Islam itu harus dijadikan pegangan dan rujukan dalam mentadbir sesebuah negara.

4.
﴾ ٱلَّذي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَ آمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ ﴿
(Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. )

          Allah s.w.t menyeru kepada bangsa Quraisy agar menyembah tuhan yang satu yg telah menyelamatkan mereka dari kelaparan dengan rezeki2 yg melimpah ruah dan mengamankan mereka dari ketakutan. Buktinya, mereka mampu menyediakan makanan bagi org2 yg dtg mengerjakan haji pada waktu itu.
          Negara yg kuat ialah negara yg mampu menghasilkan sumber makanan sendiri (menyelamatkan mereka dari kelaparan) serta mempunyai sistem pertahanan yg hebat (mengamankan mereka dari ketakutan) seperti penghasilan senjata tanpa mengharapkan bantuan dari negara lain. Negara itu mampu berdiri dengan sendiri andaikata berlaku sebarang musibah.

Kesimpulan
Setelah diteliti dengan lebih mendalam, dapatlah kita simpulkan ciri2 sebuah negara yg kuat. antara ciri-cirinya ialah :

  1. mempunyai semangat perpaduan
  2. menjalankan sistem perniagaan yg mantap
  3. mengamalkan agama yg benar
  4. mampu menghasilkan sumber makanan sendiri
  5. mempunyai sistem pertahanan yg bijak

hanya ingin berkongi.. =)


3 comments:

$hakirShafiee™ said...

pekongsian yg baik bro.. teruskan berkongsi :)

fath™ said...

toche2. cube blaja u bgi khidmat =)

anafarhana said...

tahniah..=) up lg

Post a Comment